Life Quotes, Life Quotes Images, Life Sayings

27.12.13

jumaat terakhir. lagi 4 hari ~

assalammualaikum readers ! olla everyone !

hopefully semuanya dalam keadaan baik2 belaka yaa..
macam mana dengan hari2 lepas ampa semua? semua nya ok kan?

ina macam biasalah ! ok jaa.. and now i'm working. tapi keja biasa2 jaa.. keja kedai buku lama ina tuu... Alhamdulillah. rezeki Allah nak bagi.. dalam aap cara sekali pun. ia tetap rezeki dari Allah S.W.T kan ? =).

pejam celik pejam celik. its almost the end of the year. dah nak masuk tahun 2014 in 4 days. dan tak sedar jugak. hari ni adalah hari jumaat terakhir dalam tahun 2013. and hari jumaat terakhir untuk pada kaum adam mendengar khutbah jumaat. semoga hari jumaat terkahir tahun 2013 nih memberi rahmat yang banyak buat kita semua. inshaaAllah.

so, ampa semua dah setup ka azam and niat nak masuk tahun baru nih. jangan ingat nak sambut tahun baru ja.. kena laa setup balek hati tu.. haha ! ina pun ngah dok cari spare part. nak tukaq battery. nak install balek apa yang kurang. pastu nak program balek. haha (tak sia-sia ambik major komputer).. dalam dok berazam bagai nih.. banyak yang kena reset balek sebenaqnya. macam2 lah. banyak sangat yang rosak. so, kena la format balek untuk masuk tahun baru. sebab ada niat and azam baru. so kena la format kan. kalau tidak nnati hang tengah jalan tak syoq la kan.. hehe.. actually banyak yang kena tukaq.. so, jom tukaq sama2 k ! inshaaAllah. May Allah bless us !.

apa yang nak tukaq ? haaa, diri ? nope ! diri tetap sama jaa.. cuma nak tukaq laa sikit hard disc dalam diri nih. nak format la katakan.. hehe.. actually ina nak berubah. nak say goodbye to jahiliyah. and nak say wecome to solehah. jom ~~ kita setting niat kita nak jadi solehah nak ? solehah nih best. lagipun Allah dah sebut kan. wanita yang nak masuk syurga senang ja.. jaga aurat ! taat pada suami ! buat ibadat pada Allah ! jaga puasa ! jaga maruah ! haaa. kan dah boleh bau syurga yang kekal abadi tu. its easy girls ! tapi kena ingat la... jangan buat kerana nak dapat pujian dari manusia. buat lillahitaala ! baru dapat barakah dari Allah S.W.T !! yaa tak ?

yang penting ! setting niat. fahami niat. tunaikan niat. baru ambik langkah kedepan.  sebab bila dah ambik langkah kedepan. jangan patah balek k. sebab bila patah balek tu. ia menuju ke zaman jahiliyah balek. no no no ! tak mo tak mo tak mo ! if we go forward ! just go. no turning back k ! =).

so, sapa yang dah setting niat tu. just for it k ! jangan la setengah jalan. sebab tu Allah bagi kita otak unutk fikir dan hati untuk rasa. jika betul apa yang kita lakukan. jangan takut dengan mulut orang lain yang banyak sangat nak mengomel dari memberi nasihat. so, jika ada yang memberi nasihat. sebagai insan biasa. terimalah. tapis satu per satu. lepas tu kenal pasti yang mana benar or tak. senang kan ?

jangan takot ! lagipun Allah ada. DIA akan bantu hambaNya. kita sebagai hamba, manusia, umat Nabi Muhammad, wajib percaya dengan ketentuan Allah ! DIA sebaik perancang. jika dah ada iman di hati. tambahlah ! jangan biar kosong. tak baik tau.. sebab iman tak boleh diwarisi macam harta berlambak yang tok moyang kita tinggalkan. so, kena ada iman dalam hati. baru aman hidup kita. at least, when we have iman dalam hati. inshaaAllah keturunan kita nanti kita dapat didik dengan ilmu agama yang cukup. lepas depa pun ada iman dalam hati. depa akan didik pulak keturunan depa. which is keturunan kita jugak la. cucu cicit kita nanti. itulah sebaik baik didikan !

lagipun, Allah dah kata. nak insan yang baik. kena jadi baik dulu. so, dok depan cermin. tengok and renung dalam2. tengok diri kita balek. sudah baik kah untuk mendapatkan insan yang baik ? belum ? jika belum. inilah masanya nak berubah kan ? lagi pun dunia dah semakin tua. zaman pun dah nak berkahir. jika tak setting niat nak berubah. malanglah nasib. huhu. jangan kata.. alaa tunggu tua nanti aku taubat lah.. ohh.. tidak.. mati tak kira masa and tempat sayang... kita dok makan pun kalau Allah dah tetapkan kita akan mati. maka matilah kita disaat nak menyuap masuk nasik ke dalam mulut.. tak kira masa sayang. jadi... berubahlah k.. kita berubah sama2.. sebab ina tak mau masuk syurga sorang2. ina nak bawak semua umat islam.. =).  islam agama yang suci di dunia. islam satu2nya agama yang murni. betul ! tak tipu. islam mengajar banyak benda. serius !

haaa. lagi satu.. jangan lupa solat k. solat tiang agama. tak solat. runtuh la tiang tu. tapi jika runtuh sekali dua. jangan lupa untuk bina balek. sebab bina balek tiang yang runtuh sangat disukai oleh Allah (taubat). mohon doa banyak2 kat Allah. mohon ampun. Allah ada. jangan risau ! dari Allah kita datang. kepada Allah kita kembali. mintak pada Allah untuk panjangkan umur kita. supaya kita boleh terus beribadat. kumpul harta akhirat banyak2. nanti boleh bawak masuk kubur sekali. kalau kumpul harta dunia. tak boleh bawak masuk kubur. tinggal kat anak cucu cicit semua. lepas tu depa gaduh rebutkan harta. keluarga berpecah belah. kan dah jadi dosa tu. putuskan silaturahim. lepas tu yang dapat harta. belagak tak hengat dunia. haa. kan dah jadikan dia berdosa. so, baik kumpul harta akhirat. lepas tu tinggalkan kat keluarga. inshaaAllah. akan hidup aman damai ja.. ina pun nak buat macam tu.. nak didik anak2 ina nanti dengan encik Gemoks !. hehe.. Ameen Allahumma Ameen ! moga diberikan kekuatan oleh Allah untuk ina laksanakan niat nih.. =).

back to the topic ! jumaat terakhir. setting niat k ! tu yang penting. bila dah melangkah ke tahun baru. kita akan berjumpa jumaat semula. penghulung segala hari. hari yang barakah. hati yang baik. lagipun kedah cuti ! (tiba-tiba,haha).. bukan apa. bila cuti. boleh lah luangkan masa dengan family kan. boleh beribadat. boleh beriadah. haaa.. kan sihat rohani dan jasmani.

ingat k. setting niat tu. this reminder untuk diri ina sendiri. sebab ina memang nak laksankan niat ina nih. walaupun tak berniqab. tapi nak berhijab dengan sempurna. nak tinggalkan zaman jahiliyah. sebab zaman solehah lebih utama. tapi ingat girls. ini bukan bermaksud berhijab luaran ja. tutup aurat ja. hati tu kena berhijab jugak k. kena tambah iman. tutup luaran tapi hati msih songsang tak guna jugak. songsang disini bermaksud. hati still lagi jahiliyah. tak solat. tak baca al-quran. akidah tak betul. akhlak entah kemana. no no no. berhijab luaran. hati pun kena berhijab jugak. yang penting. lillahitaala. banyak kan beristighfar. bersihkan hati. moga2 Allah berkati !.

amboi aeehh. banyak pulak ina berceloteh hari nih. jadik ustazah sat. inshaaAllah. one day nak jadik ustazah kat anak2. walaupun tak masuk sekolah agama. tak belajaq kat iium. tapi still lagi boleh berdakwah kan. yang penting kena ada ilmu. and inshaaAllah. ina nak mencari ilmu dunia dan jugak akhirat. semoga Allah permudahkan !.

oklah ! jumpa ampa di next entry k ! macam banyak lagi jaa yang ina nak share kan ! inshaaAllah. sama2 kita kongsi ilmu. itu kan lebih baik. (^_^) daaaa...

assalammualaikum w.b.t

love,
ina !

No comments:

Copyright@2012 : HASIL NUKILAN GEMOKS PUNYA DEBABS. SEGALANYA HAK MILIK TETAP !!