Life Quotes, Life Quotes Images, Life Sayings

12.6.12

ABAH ~

assalammualaikum dan salam sejahtera ampa semua. apa cerita ampa malam nih ? ada cerita menarik tak ? haaa. siang tadi ina dah membebel kan pasal product maybelline and product silkygirl kan. tapi skrg nih entry update ina nih adalah mengenai arwah abah ina . . . .
kepada sesiapa yang mengikuti blog ina nih mesti akan tau yang ina sudah kehilangan insan yang ina sayangi iaitu abah yang dah pergi meninggal ina cukup setahun hari nih. dan detik detik pemergian arwah. masih lagi bermain di dalam ingatan ina nih yang senantiasa mengingati arwah. memang perit hidup tanpa seorang ayah atau abah. walaupun arwah mama pergi dulu sebelum abah. namun dengan ketiadaan abah. semakin bertambah rasa sunyi dan sedih yang ina alami. memang kini terasa dengan pemergian abah. tiada lagi gelak ketawa abah semasa menonton rancangan kegemarannya di tv. tiada lagi panggilan telefon oleh abah apabila ina akan menduduki peperiksaan. tiada lagi panggilan telefon dari abah bertanya kan ina dah makan ka belum. dan tiada lagi panggilan nama 'ina' yang akan dilaungkan kalau abah memerlukan apa apa. bila ina terkenangkan semua tuu. air mata akan sendiri jatoh ke pipi. tapi skrg ina tengah tahan untuk meneruskan penulisan entry ina nih setelah seharian mata mengeluarkan cecair masin kerana mengingati arwah abah. masih menjadi igauan mata. wajah abah yang dalam kesakitan sewaktu berada di hospital. masih menjadi satu memori saat ina menolak abah dengan kerusi roda untuk ke toilet di hospital. masih menjadi mimpi tidor ina di saat ina bawak abah mandi kat rumah. masih menjadi satu kenangan di saat ina menyuap nasi ke mulut abah. dan yang paling buat ina sebak. tangan dan jari jemari yang menaip entry inilah yang membuang najis. membuang segala muntah yang abah keluarkan. dan yang paling pilu disaat ina menukar lampin yang terpaksa dipakai oleh abah disebabkan ubat yang bertindak balas dengan abah membuatkan abah tak terasa untuk membuang air besar atau kecil . . .
sebagai seorang anak. memang itulah tanggungjawab ina. sewaktu kecil abah jugak melakukan perkara yang sama terhadap ina. menyuap ina dengan bubur ayam yang disediakan oleh arwah mama. menukar lampin. memandikan ina. membantu ina dalam segala hal. dan sudah semestinya ina harus membalas balek apa yang pernah dilakukan  oleh abah dulu . . . .
dan kini. sebenarnya ina masih mengingati detik detik dimana abah menghembuskan nafasnya yang terakhir walaupun bukan di tangan ina. tapi ina ada di sisi abah masa tuu. . . . .
1.00 pm. ina masih lagi bersembang dan bercakap dengan abah. ina menyuapkan abah dengan bubur ayam. dan sebelum itu. abah ada mintak buah anggur merah dari ina. tapi ina suruh abg pit yang pi belikan sebab ina tak mau tinggalkan abah sorang sorang kat katil abah tuu. bila adanya buah anggur merah di tangan ina. ina suap abah. 2 bijik. abah cuma makan 2 bijik jaa. itulah buah yang terakhir yang abah sempat makan . . . . .
2.00 pm. ina masih lagi bersembang dengan abah. menenangkan abah. dan. abah memintak ina untuk kalihkan kedudukan dia. abah nak tidur mengiring ke sebelah kanan. dan masa tu. abah dah nampak tenang. ina meninggalkan abah sejenak dan ina tertidur di atas kerusi yang berdekatan dengan katil abah . . . . .
3.00 pm. ina terkejut jaga dari tidur dan ina memerhatikan abah. hati ina tak sedap bila ina tak dengaq nafas abah. perot abah tak dak naik dan turun. ina cepat2 bangun. and ina terus mendekati abah. ina pegang abah. ina panggil abah. but no reaction. ina lari mendapatkan angah yang masa tuu ada kat luaq. when he comes. he told me. "abah dah tak dak". . . .
masa tuu ina dah tak tau nak buat apa. ina kol kakak bagitau abah dah tak dak. and ina dengaq sora kakak pun. ina memang dah sebak. masa tu abg pit tak dak kat rumah, dia kuaq sat pi mana tak tau laa kat dia. ina kol tak angkat. angah kol tak angkat. and than. bila dia sampai ja kat rumah. tak sempat dia nak park moto dia. angah bagitau dia yang abah dah tak dak. ina tengok reaksi abg pit. buatkan ina sedih sangat2. wajah abg pit lain. dan masa tu. ina tau. ina kena kuat. sebab ina sorang jaa anak pompuan dalam rumah tuu masa tuu. dan ina kena buat apa yang kerja anak pompuan kena buat. ina kemas rumah dengan jiran jiran yang datang tuk tenang kan ina sekeluarga . . . .
selesai semua tuu. bacaan yassiin harus berkumandang di tepi telinga abah. and. ina dah bacakan yasiin untuk abah buat kali terakhir untuk abah dengaq bacaan ina. sebab al-quran semua abah yang ajaq ina baca. pada saat tu. ina adalah anak yatim piatu. dalam sekelip mata. ALLAH cabut nyawa insan yang ina sayang. tapi ina tau. ALLAH pun sayangkan abah and mama . . . .
sekarang nih. segala kenangan abah dengan ina. ina tak kan pernah lupakan.
abah akan sentiasa jadi seorang abah yang hebat di mata ina.
ina tau apa yang abah lakukan untuk ina. adalah yang terbaik.
ina berdoa. agar arwah abah tenang bersama arwah mama di samping ALLAH YANG MAHA ESA.
salam rindu buat abah dan mama.
al-fatihah ~~ (!)


No comments:

Copyright@2012 : HASIL NUKILAN GEMOKS PUNYA DEBABS. SEGALANYA HAK MILIK TETAP !!