Life Quotes, Life Quotes Images, Life Sayings

15.9.12

assalammualaikum cinta ~~

assalammualaikum dan salam sejahtera ~~
apa khabar kalian semua ? harap sihat dan dirahmati oleh Allah S.W.T..
ina alhamdulillah mendapat keberkatan kesihatan di muka bumi Allah yang satu ini.. 
apa rencana kalian semua untuk minggu ini. ? masihkah punya rencana yang belum dilaksanakan ? jika belum selesaikanlah ia sebelum terlambat..

waallaaweyhh ~ ayat tak boleh belah kan. skema gila !! tapi apa2pun. tak salah untuk berubah kearah kebaikkan kan kan kan kan ?? heeeee. so, apa diatas ? (ayat cik caom). heeee. wat teqok !! minggu nih memang struggle gila gila kaw kaw punya laa. dengan kuiz. dengan assignment. dengan initial proposal untuk final projek lagi. fulamak. memang terbaik laa punya kerja. memang bersengkang mata laa tiap tiap malam untuk siapkan semua kerja yang lecturer bagi. aduhaaiiii. 

beginilah nasib hidupku yang malang. ohh tuhan. lalalalala ~ 

serius memang menggugat keimanan bila minggu nih penuh dengan jadual yang memang tercipta dengan sendirinya. mana dak nya. tugasan berlambak !! ohhh noooo !! tak tau pasai apa untuk sem kali nih. rasa waktu yang ada masih belum cukup. walaupun Allah S.W.T dah bagi 24 jam untuk hamba-nya melaksanakan tanggungjawab di muka bumi nih. tapi masih belum cukup untuk ina laksanakan tugasan yang diberi. aaajooojooo ~ apa sudah jadik nih haaa ?? ..... banyak gilaaaa keja yang ada... sampaikan ina rasa nak menjerit jaaa kat lecturer. 

"heyyy, could you please stop disturbing my time !!!!?? "... 

yaaa laaa. semata-mata tugasan yang diberikan oleh lecturer. ina sampai tak dak masa untuk diri ina sendiri. serius. pening kot memikirkan jawapan untuk setiap persoalan !! .... but now. actually ina ada kat rumah nih !! fuuuhhhhhh ~ memang rasa lega gilaaaa kowttt !! dapat jugak menghirup udara yang segar. thats why jugak lah ina mampu untuk mengupdate laman blog ina nih untuk melepaskan segala apa yang ada pada waktu di mana setiap insan di muka bumi sedang lena di ulit mimpi. ada yang dah mimpi indah dan jugak yang kurang indah. pada student student seantero dunia. sudah pasti akan di ulit mimpi bersama kertas kertas soalan yang berterbangan di angkasa. hahahahaha ~ (sebab ina selalu mimpi benda tuu ~ )

"seronoknya dapat dok kat rumah. main ipad yana ~~ " ( bermonolog dalam hati ~ )

memandangkan berada di rumah nih haaa. serius nak mereleasekan segala kepenatan yang dirasai di kamsis a.k.a penjara yang ada hiburan jugak laa. heeee. tapi study tak boleh dilupakan jugak. sebab minggu depan after habes jaa cuti sambut hari Malaysia nih. banyak kuiz dan test yang akan mendatang. so terpaksa laa jugak study serba sikit walaupun berada di kampung halaman. waaahhhh !! study yerrr. aaarrggghhhhh !! terus tak dak mood nih ='( ...... ada sapa sapa yang ingin tolong membantu meringan beban yang ada ?? 

" could you please help me, dear ?? "
aaaahhhhhhhhh.......

dah dah dah lupakan sebentar kesedihan yang amat menyayat hati tuuu. ( walaupun untuk seketika ! )
this time. nak cerita sambungan after sambut birthday my little gemok. little kah ? heeee. after kami selesai menyambut birthday gemoks di bawah hujan yang turun rintik rintik. ala ala romantik tuu bersama teman teman seperjuangan. kami decide nak pi tengok wayang gambaq ! but tak decide pun nak tengok cerita apa. tapi dalam kepala otak yang memproses segala maklumat nih. memang terfikir nak tengok cerita SALAM CINTA. lakonan Diana Amir and Kamal Adli. masa tengok dia punya trailer macam sempoi jaa. macam best laa. sebab cerita tuu ala ala tujuh petala cinta yang sometimes dengaq orang kata cerita tuu tak best. tapi bagi ina. cerita tuu memang menyentuh jiwa dan raga ina laa. so bila dah kami decide nak pi tengok wayang. kami decide lagi nak tengok cerita apa. so. lastly. semua pakat nak tengok cerita salam cinta tuu. girls group memang nak tengok cerita tuu laa. so. boys. ikot jaa laa yerr. heeee. 



" dengan Kalimah BISMILLAH .. ku hulurkan SALAM CINTA .. "

masya-ALLAH. memang tangkap touching segala jiwa . jantung. hati. paru paru. limpa. dan segala organ yang ada dalam tubuh badan nih. subhanallah ~ memang ina tangkap leleh jugak laa. menitis jugak laa air mata nih. selamat tak banjir laa panggung tuu. nak tau sebab apa ? haaa. pi laa tengok. i think it still available kat pawagam pawagam berdekatan anda. so. jangan lepaskan peluang untuk menonton filem tuu k. ( dah macam promoter laa pulekk. heeee )...

seriously. memang cerita tuu memberi seribu makna buat ina dengan gemoks ! suka sangat rentak percintaan dalam filem tuu. dan  filem tuu buat ina rasa. kita hanya manusia biasa yang tidak alpa dari membuat kesilapan. dan ALLAH Maha Adil. 

" assalammualaikum Makmumku... "
" waalaikummusalam Imamku... "

Ya ALLAH !! memang menitis air mata ina bila menyaksikan penyatuan dua jiwa dalam jalan ALLAH !! memang terasa sungguh enak bila menjalani percintaan berlandaskan agama islam yang satu !! ada satu doa yang dilafazkan oleh Diana Amir and Kamal Adli. memang tersentuh gila dengan doa tuu. masih mencari ayat ayat doa yang dilafazkan tuu. tapi tak jumpa lagi.. ='( 

ok lah. air mata dah menitis nih. sebab rasanya hati dah mulai sebak. ='( 
nanti if ada lagi cerita yang mampu ina kongsikan kat sini. ina akan menulis lagi k. hope entry kali nih memberikan seribu satu makna buat ampa semua. so. apa apa pun. don't give up in your life ! life must go on ! take care my all dear ~~ 

lastly from me to him !

" Assalammualaikum Imamku.. lindungilah aku dengan kasih dan sayangmu pada DIA yang satu.. peliharalah aku dengan setiap selawat untuk Nabi mu.. bimbingilah aku dengan kitab yang tulus lagi suci itu.. hanya satu ku mahu.. kasihilah aku supaya menjadi bintang halal buatmu.. " 
-sayang-


No comments:

Copyright@2012 : HASIL NUKILAN GEMOKS PUNYA DEBABS. SEGALANYA HAK MILIK TETAP !!