Life Quotes, Life Quotes Images, Life Sayings

2.5.12

Wedding Angah (Part 1) ~

assalammualaikum dan salam sejahtera ? apa kabar anda anda semua yang sedang sepet sepetkan mata tuu nak membaca entry ina kali nih. hahaha. kalau dah ada yang sampai tersepet sepet mata tuu. tak reti reti nak pi buat spek mato kat kedai kaca mata dengan segera. ishk ishk ishk. kome nih. jangan biarkan mata tuu rosak begitu sahaja. hargailah mata pemberian ALLAH itu. sesungguhnya kita tak kan dapat melihat tanpa anugerah ALLAH nih. ehem ehem ehem. dah melalut dah nih nampaknya ina nih. haaaiiissshhh ~~ sory. sory. sory. hari nih sepatutnya wordless wednesday. tapi ina nak cakap banyak jugak hari nih. hahahaha. a a k ?? (Ada Aku Kisah). hahaha. sooo. lets begin ~~
ampa semua mesti dah teruja dengan tajuk enrty ina kali nih kan ?? haaaaa. ina pun teruja jugak. hahaha. mau tak teruja. angah nak kahwin dah weyh. wallllaaaawwweeeyyhhhh ~ hhahaha. tak sangka kan angah dah nak kahwin dengan gadis pilihan. ALHMADULILLAH. bertemu jugak jodoh angah dengan kak ja (nama bakal kakak ipaq ina). nama penuh dia. nanti ina bagi tau kat ampa semua k. macam biasa la. persiapan semua dah dibuat tau. hantaran pun dah siap. yang paling bestnya. hantaran tuu ina gubah sendiri tau. kakak ina telah memberikan ina kepercayaan untuk gubah sendiri. hahaha. nak kata cantik tuu tak laa cantik sangat. tak macam yang ampa tengok kat kedai kedai pengantin. tapi nak kata tak cantik tu. eeehhhmmm. memang terbaik la. sebab cantik. hahahaha. ina sedang memuji diri sendiri nih. hahaha. warna merah sebab ayat jahat ! hehe. memang terasa 'ke excited tan' untuk majlis akad nikah angah esok. memandangkan bakal isteri angah tu orang MERGONG nih jugak. esok akad nikah akan berlangsung kat masjid taman nih jaa. haha. esok hari khamis pada pukul 10 pagi. haha. eehhmm. bukan ina yang nak akad nikah. ina pulak yang nak berdebar debar. yang angah boleh duk rileks ja. haha. padahal esok dia yang nak goncang tangan tok kadi. tak kan dia tak rasa dup dap dup dap kot. haha. kalau tak rasa bagus la. tapi esok angah mesti rasa guguguuup punya. hahha. malam nih sesi berinai. tapi ina tak pakai lagi kot.. ina nak pakai inai time kenduri nanti. hehe. baru nampak merah. tu pun kalau ina sempat pakai laa. hehehe ! mengenai tema hari kenduri. angah dah sepakat nak tema warna biru. sooo. dengan kerjasama yang diberikan oleh kakak. kakak telah membeli kain warna biru. sedondon semua. haha. sekali dengan si tecik yana tuuu pun pakai baju warna biru jugak ! haha. seronok kat dia la. hehe. sooo. apa apa pun. ina harap semua akan berjalan dengan lancar esok. doakan k majlis akad nikah angah nanti berakhir dengan sempurna. insya-ALLAH. Aamiin ~ ! nantikan episod Wedding Angah (Part 2) plak k. masa akad nikah nanti. entry kali nih. no pics lagi. coming soon baru ada pics. soo. harap bersabar dan ttuungggu ~ !

No comments:

Copyright@2012 : HASIL NUKILAN GEMOKS PUNYA DEBABS. SEGALANYA HAK MILIK TETAP !!