Life Quotes, Life Quotes Images, Life Sayings

14.10.11

cerita si anak sebelum bertemu ibunya..

assalammualaikum dan salam sejahtera kpd semua.. alhamdulillah.. hari ini kita diberi kesempatan bersua lagi di lama blog ina nih... (^_^).. hari nih macam mana dgn urusan korang ?? semuanya ok tak ?? apa2pun.. hope u all happy n smile always k.. haa... today, ina nak kongsi satu cerita yang ina baca kat fesbuk tadi.. yang member ina share kan.. Ir Azila.. n terasa pulak nak kongsikan dgn korang semua.. mana laa tau kan.. ada yang belum baca lagi mengenai cerita nih.. this story is between ALLAH and with one little baby.. its so sweet.. plizz read first and try to understand the meaning of the story k.. 






Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan   saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.” 

Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”


Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”


Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. 

Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :

Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu


ok.. thats the story yang ina nak sharekn ngn korang semua... apa yang ina dapat dari cerita nih kan.. ina rasa kita sebagai seorang perempuan yang bakal menjadi seorang isteri dan seterusnya akan mengorak langkah menjadi seorang ibu haruslah sentiasa ingat  bahawa anak itu amanah ALLAH S.W.T yang sangat berharga dan tak ternilai sebenarnya.. sebab tuu.. one day if u all dah ada anak.. tak kira laa ramai ka sorang ka.. sayangilah mereka k.. insya-ALLAH.. ina pun akan jaga bakal anak-anak ina nanti sebaik mungkin... (^_^)... 
lain pulak pandangan ina sebagai seorang anak.. anak adalah permata buat seorang ibu yang selama 9 bulan di kandungnya.. di bawak ke merata tempat.. di kandung dengan penuh kasih dan sayang.. sebab tuu.. sebagai anak.. apabila besar... jangan laa abaikan ibu.. ibu lah yang memberikan segalanya kepada kita.. mengajar mendidik menjaga merawat kita.. sentiasalah bersama ibu dan jangan sesekali menyakiti hatinya.. ina pernah dengar org tua-tua selalu cakap.. "seorang ibu boleh jaga 10 anak.. tapi 10 anak belum tentu mampu jaga seorang ibu.." soo.. korang jangan lupakan ibu korang k.. sentiasalah sayangi ibu korang dan hargailah mereka... (^_^)

** miss my mom already.. harap mama sentiasa tenang di sana.. AL-FATIHAH.......

No comments:

Copyright@2012 : HASIL NUKILAN GEMOKS PUNYA DEBABS. SEGALANYA HAK MILIK TETAP !!