Life Quotes, Life Quotes Images, Life Sayings

31.1.11

moody =(

tak tau knp hati nih tetiba ja nak moody mlm2 nih..
tetiba ja segala memory silam menjelma...
tetiba ja segala kenangan kembali bermain dalam pemikiran..
semuanya menari-nari namun kaku seribu gerak geri...
berhenti seketika dan mungkin selamanya..
kenangan yg membuat kan aku terkapai2 mencari penyudahnya...
walaupun sudah terbukti tamatnya di mana...
kenangan yg kini aku kenangkan kembali seringkali menyakitkan...
kesakitan ini sememangnya aku yang tanggung sendiri..
tiada siapa pun yang boleh memahami apa yg aku rasakan....
tiada siapa yang sanggup mengerti kepedihan yang aku rasakan..
semua boleh memandang dan memerhatikan aku...
namun , tiada mata yang mampu menembusi ke dasar hati yang penuh dengan duka dan lara...
kenapa masih perlu aku membaca semula sejarah yang seharusnya luput dari ingatan...
kenapa masih perlu aku menghayati setiap bait puisi cinta yang seharusnya kosong dari fikiran...
kenapa masih perlu aku memahami semula setiap coretan yang hanya membuatkan hati aku kembali berdarah...
walaupun hati ini hanya mampu menyimpan seribu rahsia...
tapi tiada lagi ruang untuk aku terus menyimpannya..
ruang yang ada harus aku berikan kepada sesuatu yg mampu membuatkan aku bahagia..
tiada lagi duka...
aku hanya mahu semua mengerti bahawa aku mahu meneruskan kehidupan aku seperti biasa..
jangan terus menghantui aku !!!
jangan terus menyeksa batin aku !!!
berikan aku peluang untuk aku terus melangkah di atas dunia yang fana ini...
berikan aku kesempatan untuk merasakan nikmatnya cinta..
cinta yang tiada dusta..
cinta sejati yang mampu membuatkan aku selalu bahagia...
cinta yang abadi yang mampu membuatkan aku terus tertawa dalam senyuman yang derita....
sesungguhnya aku sudah miliki dia !!!!
namun aku tak bisa membuat semua mengerti...
aku sayang dia !!!
izinkan aku memulakan dunia yang baru bersamanya !!!


No comments:

Copyright@2012 : HASIL NUKILAN GEMOKS PUNYA DEBABS. SEGALANYA HAK MILIK TETAP !!