Life Quotes, Life Quotes Images, Life Sayings

30.11.10

kenapa ??!!

manusia....lumrah kehidupan...suka melihat penderitaan insan lain....
patut ka rasa bahagia atas penderitaan dan kesengsaraan insan lain???
patut ka terus dan terus melihat penderitaan insan lain???
patut ka terus kejam dan kejam sambil membuatkan insan lain menderita???
kenapa masih ada rasa dengki dan iri hati di atas kebahagiaan insan lain???
kenapa masih ada rasa benci dan hina terhadap insan lain???
kenapa? kenapa? kenapa?
selesa kah hidup kalau seringkali memikirkan dan berniat utk melukakan hati insan lain???
selesa kah setiap perbuatan jika sentiasa di belenggu dgn rasa ingin melihat insan lain terseksa???
selesa kah diri bila sentiasa merasakan gundah melihat kebahagiaan insan lain???
mana letak nya sifat seorang gadis mahupun seorang jejaka yang memikirkan kesejahteraan???
mana letak nya rasa ingin melihat insan lain bahagia???
kenapa masih ada rasa semua perkara yang sememangnya tidak elok di simpan di dalam hati???
hairan bin ajaib  !!!
manusia zaman globalisasi kini masih lagi seperti manusia di zaman kuno....
masih lagi ingin melihat kejatuhan insan lain.....
rasa bahagia bila insan lain jatuh tersungkur di lembah penderitaan....
rasa senang bila insan lain tersungkur menanggung penderitaan....
rasa senang bila insan lain terpaksa menanggung beban kecewa....
kenapa? kenapa? kenapa?
sudah lah...lupakan kisah semalam...tinggalkan kenangan kemarin....hapuskan realiti kehidupan yang dulu..
bangkitlah dengan azam yang baru...
bangkitlah dengan rasa bahagia dalam diri....
bangkitlah dengan rasa senang bila melihat insan lain senang...
bangkitlah dengan rasa gembira apabila melihat insan lain gembira...
jangan sesekali menyimpan rasa dengki dan cemburu di atas kesejahteraan hidup insan lain...
biarkanlah insan lain meneruskan kehidupan dengan bebasnya.....
enough is enough  !!!
diamlah kamu untuk kebahagiaan insan lain....
diamlah kamu andai kata tiada apa yang harus diperkatakan....
jangan sesekali mensajakan apa yang tak patut disengajakan.....
berdoalah kamu agar insan lain terus bahagia....
nescaya nun di atas sana juga akan mendoakan kebahagian kamu......
berterus teranglah kamu andai masih ada yang masih belum tersuluh kebenarannya....
berterus teranglah kamu supaya tiada siapa yang akan membuat konklusi yang tiada kesahihannya.....
berterus teranglah kamu agar insan lain tak akan terus terluka dan terluka....
berterus teranglah kamu maka tidak akan ada insan yang akan terus tertipu dan tertipu.....
bebaskanlah insan yang tiada salah pada kamu.....
bebaskanlah insan yang tidak mahu sekali pun melihat kamu menderita.....
bebaskanlah agar insan itu boleh terbang ke langit biru....
menggapai apa yang di inginkannya...
bebaskanlah insan yang tidak pernah mengganggu kehidupan kamu...
bebaskanlah.....
agar tiada lagi hati yang terluka, terseksa dan kecewa di atas kebahagiaan kamu.....

No comments:

Copyright@2012 : HASIL NUKILAN GEMOKS PUNYA DEBABS. SEGALANYA HAK MILIK TETAP !!