Life Quotes, Life Quotes Images, Life Sayings

20.11.14

berkurun lama ku rahsia kan ~~~

Assalammualaikum.. subhanallah.. rupanya dah berkurun tak bukak blog ina nih. naik bersawang. siap ada lipas kudung dok menari nari dalam blog ina nih.. cicak siap boleh dok bernyanyi lagi. alahai.. lama gila tak bukak blog nih. ampun la yerr. memang sejak awal tahun macam macam yang ditempoh jadik naik malas nak bukak blog and update apa yang patot.. tapi tetiba hari nih rasa nak meng'update' pulak ! ahaks .

amboii.. dari 1 januari sampai la nih 20 november.. ffuhhhh. memang lama gila laa. kalau pregnant pun dah bersalin dah.. ahaks ! tapi ina tak pregnant laa.. kahwin pun belum maa... dok tunggu gemoks masuk minang tak masuk masuk lagi... lambat bebenor.. tapi tak pa.. jodoh kan di tangan tuhan.. ada jodoh pasti akan ke jinjang pelamin jugka akhirnya kan ? betul ke idok ? hahaha.

so, apa cerita.. ? sekarang macam macam cerita kan.. cik ta dah bersalin.. fasha sandha pun dah.. lagi apa cerita menarik lagi? haha. tapi jangan dilupakan pulak bencana alam yang menimpa kita rakyat malaysia.. puting beliung yang sekarang nih kerap berlaku di kedah.. almaklumlah, kedah tempat tumpah darahku.. mesti la risau jugak kan.. takot mai kot taman tempat tinggal ina nih. naya jaa.. tapi apa pun tu kuasa Allah. Dia yang menentukan bila dan bagaimana.. jadik kita sebagai hambaNya, wajiblah mendoakan yang terbaik untuk semua masyarakat yang ada di malaysia dan tak lupa jugak untuk semua yang ada di muka bumi nih kan..

banyak benda yang berlaku sebenar nya dalam dunia ni. tapi mungkin ada seberapa perkara yang kita tak tahu dan mungkin tak nak ambik tahu kan. mata harus terbukak luas untuk memandang apa yang berlaku di sekeliling kita. waahhhh.. ayat sungguh dramatik..

by the way, baru baru nih ina ke singapore. ikot abang ina yang nak pi berjalan. dah orang nak bawak kita. tak kan kita tak mau ikot kan. hahaaha. tanpa bayaran. semuanya ditanggung 100% oleh abang, tak kan ina nak lepaskan peluang kan. hahahaha ! tapi entry nih ina tak nak cerita lagi. maybe next time. kalau berkesempatanlah. inshaaallah, ina akan cari ruang untuk update apa yang patot. bila mai mood nak menaip. inshaallah.

dah nak akhir tahun 2014 nih. apa yang korang nak buat untuk perancangan tahun depan? ina belum rancang lagi. perancangan tahun nih pun tak menjadi lagi. macam mana nak merancang untuk tahun depan kan?

apa apa pun. jumpa dalam next entry !

*sekarang tengah gila pasai yo soy betty la fea ! hahaha. oohhh armando mendoza !
*sekarang tengah gila pasai hafreez adam ! pelakon dalam cerita bila hati berbicara. haha. !

1.1.14

Lembaran baru 2014 !

Assalammualaikum ya ukhti ya akhi ya sobat .. Sobahul khair ..

Alhamdulillah. Dah masuk 2014 oiii. Hehe. Syukur ke hadrat illahi kan? Still lagi dapat bernafas ditahun baru nih. Boleh bukak buku baru. Boleh buat macam2. Maksud ina, boleh la mulakan hidup yang baru. Mana yang dah tersesat tu boleh lagi patah balik and cari jalan nak balik kan. Hehe. Masa belum terlambat walaupun masa tak dapat diputarkan semula. InshaaAllah. Kalau nak patah balik tu. Allah mesti tolong punya. Lagi pun Allah suka kalau hambaNya patah balik ikot jalan Dia. Lagi best macam tu.

Panjang sangat pulok dah ina punya muqadimmah kan. Haha. Actually nak post entry hari nih sebab nak wish happy new year la kat ampa semua. Heee. So, happy new year la norh. Hopefully tahun baru nih akan membuka lembaran baru la kan. Macam ina nih banyak sangat benda nak buat. Harap menjadi dan Allah permudahkan. InshaaAllah. Memang berharap sangat.

Eh, lupa nak bagitau. Semalam keluar sambut new year dengan my bro and sis in law. Best. Dapat tengok bunga api. Hehe. Lepas tu mata ina berayaq. Beayaq ? Kenapakah ? Sebab...... Ehm ehm ehm.. Nothing la.. Heeee. *smile*

Ok laa. Mulanya tahun baru nih. Ina nak buat perubahan sikit dari segi rohani dan jasmani. Nak mendalami ilmu agama sedalam mungkin agar menjadi hambaNya yang solehah. Ina memang nak mendalami ilmu agama. Sebab rasa tenang sangat. Tak mau la asyik dengan dunia ja. Ina ngah try nih nak keluar rumah tutup dari atas sampai bawah. Semoga Allah permudahkan. Bukan apa. Aurat ialah salah satu perkara wajib yang patut dilakukan oleh semua muslimat. Memang wajiblah. Asalnya dulu ina memang tak la tutup rapi sangat. Sekadar pakai tudung and seluaq and baju tak cukup syarat Islam sangat. So now, trying to be better and better. Sebab ina baru tersedar ! So sad kan. Orang lain dah lama sedar. Ina baru nak sedar. Tapi Alhamdulillah sebab Allah tak hayutkan ina jauh sangat. Still lagi dalam pedoman akidah yang betul. So tak mau la jauh sangat terpesong baru nak patah balik. Betui dak?

So, ya ukhti ya akhi. Selamat tahun baru 2014 ! Ina doakan agar kehidupan kalian dirahmati oleh Allah. Dan semoga ditahun baru nih kita akan lebih bersemangat untuk menuju kejalan Allah ! InshaaAllah. Ameen Allahumma Ameen.

See u next entry !
Assalammualaikum...

27.12.13

jumaat terakhir. lagi 4 hari ~

assalammualaikum readers ! olla everyone !

hopefully semuanya dalam keadaan baik2 belaka yaa..
macam mana dengan hari2 lepas ampa semua? semua nya ok kan?

ina macam biasalah ! ok jaa.. and now i'm working. tapi keja biasa2 jaa.. keja kedai buku lama ina tuu... Alhamdulillah. rezeki Allah nak bagi.. dalam aap cara sekali pun. ia tetap rezeki dari Allah S.W.T kan ? =).

pejam celik pejam celik. its almost the end of the year. dah nak masuk tahun 2014 in 4 days. dan tak sedar jugak. hari ni adalah hari jumaat terakhir dalam tahun 2013. and hari jumaat terakhir untuk pada kaum adam mendengar khutbah jumaat. semoga hari jumaat terkahir tahun 2013 nih memberi rahmat yang banyak buat kita semua. inshaaAllah.

so, ampa semua dah setup ka azam and niat nak masuk tahun baru nih. jangan ingat nak sambut tahun baru ja.. kena laa setup balek hati tu.. haha ! ina pun ngah dok cari spare part. nak tukaq battery. nak install balek apa yang kurang. pastu nak program balek. haha (tak sia-sia ambik major komputer).. dalam dok berazam bagai nih.. banyak yang kena reset balek sebenaqnya. macam2 lah. banyak sangat yang rosak. so, kena la format balek untuk masuk tahun baru. sebab ada niat and azam baru. so kena la format kan. kalau tidak nnati hang tengah jalan tak syoq la kan.. hehe.. actually banyak yang kena tukaq.. so, jom tukaq sama2 k ! inshaaAllah. May Allah bless us !.

apa yang nak tukaq ? haaa, diri ? nope ! diri tetap sama jaa.. cuma nak tukaq laa sikit hard disc dalam diri nih. nak format la katakan.. hehe.. actually ina nak berubah. nak say goodbye to jahiliyah. and nak say wecome to solehah. jom ~~ kita setting niat kita nak jadi solehah nak ? solehah nih best. lagipun Allah dah sebut kan. wanita yang nak masuk syurga senang ja.. jaga aurat ! taat pada suami ! buat ibadat pada Allah ! jaga puasa ! jaga maruah ! haaa. kan dah boleh bau syurga yang kekal abadi tu. its easy girls ! tapi kena ingat la... jangan buat kerana nak dapat pujian dari manusia. buat lillahitaala ! baru dapat barakah dari Allah S.W.T !! yaa tak ?

yang penting ! setting niat. fahami niat. tunaikan niat. baru ambik langkah kedepan.  sebab bila dah ambik langkah kedepan. jangan patah balek k. sebab bila patah balek tu. ia menuju ke zaman jahiliyah balek. no no no ! tak mo tak mo tak mo ! if we go forward ! just go. no turning back k ! =).

so, sapa yang dah setting niat tu. just for it k ! jangan la setengah jalan. sebab tu Allah bagi kita otak unutk fikir dan hati untuk rasa. jika betul apa yang kita lakukan. jangan takut dengan mulut orang lain yang banyak sangat nak mengomel dari memberi nasihat. so, jika ada yang memberi nasihat. sebagai insan biasa. terimalah. tapis satu per satu. lepas tu kenal pasti yang mana benar or tak. senang kan ?

jangan takot ! lagipun Allah ada. DIA akan bantu hambaNya. kita sebagai hamba, manusia, umat Nabi Muhammad, wajib percaya dengan ketentuan Allah ! DIA sebaik perancang. jika dah ada iman di hati. tambahlah ! jangan biar kosong. tak baik tau.. sebab iman tak boleh diwarisi macam harta berlambak yang tok moyang kita tinggalkan. so, kena ada iman dalam hati. baru aman hidup kita. at least, when we have iman dalam hati. inshaaAllah keturunan kita nanti kita dapat didik dengan ilmu agama yang cukup. lepas depa pun ada iman dalam hati. depa akan didik pulak keturunan depa. which is keturunan kita jugak la. cucu cicit kita nanti. itulah sebaik baik didikan !

lagipun, Allah dah kata. nak insan yang baik. kena jadi baik dulu. so, dok depan cermin. tengok and renung dalam2. tengok diri kita balek. sudah baik kah untuk mendapatkan insan yang baik ? belum ? jika belum. inilah masanya nak berubah kan ? lagi pun dunia dah semakin tua. zaman pun dah nak berkahir. jika tak setting niat nak berubah. malanglah nasib. huhu. jangan kata.. alaa tunggu tua nanti aku taubat lah.. ohh.. tidak.. mati tak kira masa and tempat sayang... kita dok makan pun kalau Allah dah tetapkan kita akan mati. maka matilah kita disaat nak menyuap masuk nasik ke dalam mulut.. tak kira masa sayang. jadi... berubahlah k.. kita berubah sama2.. sebab ina tak mau masuk syurga sorang2. ina nak bawak semua umat islam.. =).  islam agama yang suci di dunia. islam satu2nya agama yang murni. betul ! tak tipu. islam mengajar banyak benda. serius !

haaa. lagi satu.. jangan lupa solat k. solat tiang agama. tak solat. runtuh la tiang tu. tapi jika runtuh sekali dua. jangan lupa untuk bina balek. sebab bina balek tiang yang runtuh sangat disukai oleh Allah (taubat). mohon doa banyak2 kat Allah. mohon ampun. Allah ada. jangan risau ! dari Allah kita datang. kepada Allah kita kembali. mintak pada Allah untuk panjangkan umur kita. supaya kita boleh terus beribadat. kumpul harta akhirat banyak2. nanti boleh bawak masuk kubur sekali. kalau kumpul harta dunia. tak boleh bawak masuk kubur. tinggal kat anak cucu cicit semua. lepas tu depa gaduh rebutkan harta. keluarga berpecah belah. kan dah jadi dosa tu. putuskan silaturahim. lepas tu yang dapat harta. belagak tak hengat dunia. haa. kan dah jadikan dia berdosa. so, baik kumpul harta akhirat. lepas tu tinggalkan kat keluarga. inshaaAllah. akan hidup aman damai ja.. ina pun nak buat macam tu.. nak didik anak2 ina nanti dengan encik Gemoks !. hehe.. Ameen Allahumma Ameen ! moga diberikan kekuatan oleh Allah untuk ina laksanakan niat nih.. =).

back to the topic ! jumaat terakhir. setting niat k ! tu yang penting. bila dah melangkah ke tahun baru. kita akan berjumpa jumaat semula. penghulung segala hari. hari yang barakah. hati yang baik. lagipun kedah cuti ! (tiba-tiba,haha).. bukan apa. bila cuti. boleh lah luangkan masa dengan family kan. boleh beribadat. boleh beriadah. haaa.. kan sihat rohani dan jasmani.

ingat k. setting niat tu. this reminder untuk diri ina sendiri. sebab ina memang nak laksankan niat ina nih. walaupun tak berniqab. tapi nak berhijab dengan sempurna. nak tinggalkan zaman jahiliyah. sebab zaman solehah lebih utama. tapi ingat girls. ini bukan bermaksud berhijab luaran ja. tutup aurat ja. hati tu kena berhijab jugak k. kena tambah iman. tutup luaran tapi hati msih songsang tak guna jugak. songsang disini bermaksud. hati still lagi jahiliyah. tak solat. tak baca al-quran. akidah tak betul. akhlak entah kemana. no no no. berhijab luaran. hati pun kena berhijab jugak. yang penting. lillahitaala. banyak kan beristighfar. bersihkan hati. moga2 Allah berkati !.

amboi aeehh. banyak pulak ina berceloteh hari nih. jadik ustazah sat. inshaaAllah. one day nak jadik ustazah kat anak2. walaupun tak masuk sekolah agama. tak belajaq kat iium. tapi still lagi boleh berdakwah kan. yang penting kena ada ilmu. and inshaaAllah. ina nak mencari ilmu dunia dan jugak akhirat. semoga Allah permudahkan !.

oklah ! jumpa ampa di next entry k ! macam banyak lagi jaa yang ina nak share kan ! inshaaAllah. sama2 kita kongsi ilmu. itu kan lebih baik. (^_^) daaaa...

assalammualaikum w.b.t

love,
ina !
Copyright@2012 : HASIL NUKILAN GEMOKS PUNYA DEBABS. SEGALANYA HAK MILIK TETAP !!